Friday 25 May 2012

Nikmat Ikhlas

Hidup ni sebenarnya mudah dan simple..
Tapi kita sendiri yang merumitkannya..
Kerana tamak haloba dan dengki serta busuk hati akhirnya kita sendiri yang kecundang..
nikmat kesabaran adalah nikmat yang sangat baik tapi ada yang lebih baik..
iaitu ikhlas..
bukan semua orang dapat merasakan ikhlas..ikhlas itu datang dari hati atau jiwa yang tenang dan bersih..
selagi hati kita tak tenang dan bersih selagi tu kita tak akan mampu kecapi rasa nikmatnya ikhlas.. 

aku sudah pernah merasakan ikhlas..perasaan itu cukup indah.. hidup ini  terasa  teramat tenang..tanpa ada masalah..perasaan ini hadir ketika aku menjaga atok ku yang mengidap sakit kanser usus..penyakitnya mula menyerang kembali..
seama aku cuti semester ini aku tak bekerja seperti sahabat ku yang lain..aku pulang ke kampung menjaga atok ku kerana ibu ku tidak boleh mengambil cuti lagi.. 
Dahulu setiap kali orang meminta aku untuk urut kaki atau apa sahaja aku  akan rasa malas dan bosan. dan menganggap diri ku ini seperti kuli.muka aku pun sentiasa monyok..marah dan sakit hati..tapi kini aku cuba suka kan apa yang aku tak suka..aku anggap ini sebagai ibadat agar Allah menjaga dan mengampunkan dosa ku.